Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Dato Awang Bemee Awang Ali Basah.

Pelantikan YDP Dewan Negara satu penghormatan buat Sarawak – Awang Bemee

ByMadeline Dugat

KUCHING, 21 Ogos: Pelantikan beliau sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara merupakan satu pengiktirafan dan penghormatan kepada Sarawak, demikian menurut Dato Awang Bemee Awang Ali Basah.

Awang Bemee berkata, pelantikan beliau juga merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang memperkenankan untuk saya menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Awang Bemee mengangkat sumpah sebagai Senator pada 15 Julai lalu untuk tempoh sehingga 14 Julai 2027.

Pelantikan itu dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 Dewan Negara bagi menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pada 10 Mei lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan