Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membaca kenyataan media bersama rakan sejawatnya dari India, Narendra Modi di Hyderabad House sempena lawatan rasmi beliau ke India selama tiga hari. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Lawatan ke India membuahkan hasil, raih potensi perdagangan RM8 bilion – PM Anwar

ByBernama

NEW DELHI, 21 Ogos: Lawatan ke India berjaya membuahkan hasil apabila Malaysia meraih potensi perdagangan berjumlah RM8 bilion dalam sektor minyak sawit dan produk berasaskan minyak sawit, bahan kimia dan produk kimia, minyak dan gas serta alat ganti kapal terbang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata selain itu Malaysia juga berjaya mendapatkan komitmen pelaburan bernilai RM4.5 bilion daripada pelbagai sektor serta syarikat di negara ini.

“Nilai perdagangan Malaysia-India pada 2023 berjumlah RM72.31 billion (US$16.53 bilion) dengan 168 projek pelaburan dilaksanakan sehingga Mac 2024 bernilai RM4.5 bilion, yang bakal mewujudkan 16,640 peluang pekerjaan,” kata beliau yang mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke India, hari ini.

Anwar berkata, lawatan ke India kali ini turut menyaksikan permeteraian lapan Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Malaysia dan India serta tujuh MoU B2B (Perniagaan kepada Perniagaan) antara kedua-dua negara.

“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, kerana mengundang saya untuk lawatan rasmi ke India yang sangat memuaskan,” kata beliau kepada media Malaysia selepas berakhirnya lawatan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan