Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang mangsa tragedi bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu ditemukan terapung pada 11.58 pagi, hari ini. Foto JBPM

Bot karam: Satu mayat dijumpai, dua lagi masih hilang

KUCHING, 21 Ogos: Mayat seorang mangsa tragedi bot karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit, Lundu ditemukan terapung pada 11.58 pagi, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata mayat pelajar lelaki, Vilkie Wilson, 15, dijumpai terapung oleh orang kampung.

“Mayat mangsa dijumpai terapung oleh orang kampung dalam jarak 10 meter berhadapan dengan Pusat Kawalan Bomba,” katanya menerusi kenyataan.

Gerakan mencari dua lagi mangsa yang hilang, Alsma Jithil, 14, dan Helena Fasha Petrus, 17, masih giat dilakukan.

Dalam kejadian pada 6.10 pagi semalam, seramai 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung termasuk pengemudi menaiki perahu tambang.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan