Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara aksi pemain semasa perlawanan antara Sarawak dan Brunei di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah, hari ini. Foto TVS

Bola jaring: Sarawak tamatkan perjuangan dengan kemenangan besar ke atas Brunei

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 21 Ogos: Hasrat skuad bola jaring Sarawak untuk ke separuh akhir tidak kesampaian walaupun menutup aksi peringkat kumpulan dengan kemenangan besar 76-29 ke atas Brunei hari ini.

Perlawanan di Dewan Politeknik Mukah menyaksikan Sarawak mempamerkan aksi cemerlang sejak suku pertama apabila mendahului lawan 20-8.

Rentak kemenangan diteruskan pada suku kedua dengan Sarawak melebarkan jurang mata kepada 38-15 dan seterusnya menambah kelebihan pada suku ketiga dengan skor 58-23.

Pasukan tuan rumah mengesahkan kemenangan dengan keputusan akhir 76-29.

Meskipun Sarawak berjaya mencatat dua kemenangan berturut-turut namun kekalahan tipis kepada Kedah dan Terengganu pada perlawanan pusingan awal menjejaskan peluang ke peringkat seterusnya.

Perlawanan lain dalam Kumpulan B menyaksikan Kedah mengalahkan Terengganu 57-50, Selangor menewaskan Brunei 58-21, Wilayah Persekutuan mengalahkan Sabah 66-34 dan Johor memenangi perlawanan menentang Perak dengan keputusan 53-41. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan