Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hui Ying Kok berjaya mempertahankan pingat emas 10,000 meter jalan kaki wanita yang dimenangi pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur. Foto, Willy (TVS).

Atlet W.Persekutuan berjaya pertahan emas 10 km jalan kaki wanita dalam keadaan hujan, trek basah

ByTVS

KUCHING, 21 Ogos: Keadaan hujan lebat dan trek balapan yang basah tidak menghalang atlet Wilayah Persekutuan (WP), Hui Ying Kok memenangi pingat emas acara 10,000 meter jalan kaki wanita Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hari ini.

Hui Ying, 19, memenangi acara itu di Stadium Sarawak selepas mencatat masa 57 minit 41:79 saat.

Kejayaan ini bermakna dia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada SUKMA 2022 di Kuala Lumpur.

Hui Ying berkata, dia berdepan cabaran besar kerana kali pertama beraksi dalam keadaan hujan lebat.

“Trek basah dan terdapat takungan air, (saya akui ia) menguji mental namun saya perlu menghadapinya dengan baik dan menghabiskan langkah hingga ke garis penamat,” ujarnya.

Tambahnya lagi, pencapaian kali ini merupakan rekod peribadi terbaik yang diciptanya dalam acara ini.

Sementara itu seorang lagi atlet WP P.Kaarthiyani turut cemerlang apabila meraih perak dengan  catatan masa 57 minit 41:79 saat.

Pingat gangsa dimenangi atlet Kedah, Nur Damea Balqisya Mohd Idzwan dengan catatan masa 58 minit 38:80 saat.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan