Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Anwar Ibrahim (FB)

Anwar kecam kelemahan tindakan antarabangsa tangani genosid di Gaza

ByBernama

NEW DELHI, 21 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi kritikan mengenai kurangnya tindakan komuniti antrabangsa dalam menangani kekejaman terhadap rakyat Palestin di Gaza, dan menggesa supaya “mesej yang jelas” disebarluaskan, bahawa genosid yang sedang berlaku perlu ditamatkan.

Beliau berkata Israel telah melakukan pembunuhan begitu ramai, namun tidak banyak tindakan diambil di peringkat antarabangsa mengenainya.

Beliau mengakui ramai yang bercakap menyuarakan pandangan mengenai ‘genosid di Ukraine’, namun apabila lebih 40,000 orang terbunuh di Palestin, mereka menganggapnya sebagai ‘kesan peperangan’ dan menerimanya begitu sahaja.

“Ini benar-benar mengejutkan, dan saya anggap ia sebagai satu hipokrasi.. Hipokrasi ini perlu ditamatkan,” katanya semasa sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan dalam satu perjumpaan badan pemikir di sini, Selasa.

Anwar kini berada di India untuk lawatan rasmi selama tiga hari bermula Isnin.

Terdahulu hari ini dalam hantaran di platform X, Anwar berkata “sebarang perkembangan bermakna kearah keamanan perlu bermula dengan menghentikan semua tindakan ketenteraan dan keganasan terhadap rakyat Palestin oleh Israel”. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan