Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Makan Malam SUKMA Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Abang Johari rancang penganjuran semula Sukan Borneo

ByAmirah Shawel

KUCHING, 21 Ogos: Kerajaan Sarawak mencadangkan agar dianjurkan semula Sukan Borneo (Borneo Games).

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata idea itu telah dikongsikannya kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Jelas beliau, acara sukan itu nanti melibatkan negara-negara di Borneo iaitu Malaysia khususnya Sarawak dan Sabah, Kalimantan, Indonesia serta Brunei.

“Saya juga akan mengusulkan cadangan ini kepada rakan-rakan dari negara jiran memandangkan kita sedang membuat persiapan untuk Sukan Asia Tenggara (SEA Games).

“Sarawak akan cuba menjadi penaja Sukan Borneo,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, hari ini.

Abang Johari percaya penganjuran acara sukan itu nanti akan menjadi platform dalam mencungkil atlet-atlet sukan bertaraf antarabangsa dari rantau Borneo.

Sukan Borneo pertama telah dianjurkan oleh Brunei pada tahun 1954.

Sabah, Sarawak dan Brunei kemudiannya bergilir-gilir menjadi tuan rumah temasya tersebut sebelum kali terakhir diadakan di Brunei pada 2009. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan