Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan operasi mencari tiga pelajar yang dikhuatiri hilang dalam kejadian bot karam di Kampung Selampit, Lundu, hari ini. Foto JBPM

Tiga pelajar dikhuatiri hilang, bot karam di Kampung Selampit, Lundu

LUNDU, 20 Ogos: Tiga pelajar dikhuatiri hilang dalam insiden bot karam di Kampung Selampit, Lundu pada kira-kira 6.10 pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sarawak berkata ketika kejadian di Batang Kayan itu, bot dinaiki 20 orang termasuk seorang wanita dewasa dan seorang pengemudi.

Anggota Bomba dan Penyelamat berada di lokasi kejadian. Foto JBPM

Bomba menerima panggilan pada 6.33 pagi dan seterusnya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lundu ke lokasi.

“Tiga pelajar dikhuatiri hilang, satu lelaki dan dua perempuan. Pencarian awal dilakukan menggunakan bot penduduk kampung,” katanya menerusi kenyataan.

Dalam kenyataan susulan, jurucakap tersebut berkata 15 pelajar disahkan selamat pada 8.05 pagi manakala pencarian tiga lagi pelajar masih giat dijalankan.

Turut berada di lokasi, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sarawak Henderi Ardimansyah.

Mereka yang terbabit merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Senibong, Lundu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan