Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Awang Sharzan Nasrin Awang Nasaruddin dan Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin dalam acara akuatik terjun 3 meter (M) papan anjal seirama campuran. Foto Faitullah Morni (TVS)

Terjun SUKMA: Sarawak tambah dua pingat emas

ByAmirah Shawel

KUCHING, 20 Ogos: Barisan penerjun Sarawak terus mendominasi acara itu di Pusat Akuatik Pandelela Rinong apabila menyambar dua lagi pingat emas yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 setakat tengah hari tadi.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pingat emas yang diraih kem Bumi Kenyalang meningkat kepada empat.

Emas ketiga disumbangkan oleh gandingan adik-beradik, Awang Sharzan Nasrin Awang Nasaruddin dan Dayang Nursharzyra Awang Nasaruddin dalam acara terjun 3 meter (M) papan anjal seirama campuran.

Mereka mengumpul 227.13 mata setelah melengkapkan lima terjunan.

Pasangan Wilayah Persekutuan (WP) Celeste Qin Lee dan Jin Wei Choo membawa pulang pingat perak dengan catatan 209.04 mata.

Wakil Terengganu, Muhammad Haziq Muizzudin dan Uzlifatil Jannah Ashraf pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa apabila menamatkan saingan dengan 201.81 mata.

Dayang Nursharzyra terus menceriakan penyokong Sarawak apabila turut mendominasi acara satu meter papan anjal wanita dengan jumlah markah 232.1.

Dia sekali lagi menewaskan Uzlifatil Jannah yang memungut 186.60 mata manakala Hui Xue Teng yang mewakili WP membawa pulang gangsa. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan