Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang bercakap kepada media mengenai penganjuran Karnival Kebudayaan Taste of Borneo 3.0 selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, pada Selasa. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Taste of Borneo Cultural Carnival 3.0 kembali lagi, sasar cipta dua MBOR

ByMarzella Sigai

KUCHING, 20 Ogos: Taste of Borneo Cultural Carnival 3.0 kembali lagi dengan menjanjikan pengisian program yang tidak hanya berasaskan makanan, tetapi juga turut mengetengahkan kepelbagaian kebudayaan yang ada di Sarawak dengan melibatkan 20 etnik di Miri.

Karnival tersebut akan diadakan selama 12 hari dari 30 Oktober sehingga 10 November 2024 bertempat di tempat letak kereta terbuka Boulevard, Miri.

Pengerusi Penganjur Taste of Borneo Cultural Borneo 3.0, Harry Lee menyasarkan untuk mencipta dua Malaysian Book Of Records (MBOR) iaitu menerusi ‘Most Ethnic Dialects Greeting on a Sarawak Titian Perpaduan” dan “Most Ethnic Crafts Displayed in an event”.

“Untuk mencapai rekod ini, minimum 40 dialek diperlukan, tetapi pada masa ini kami telah mencapai 60 sub dialek. Jadi pada dasarnya ini bukan sahaja untuk pendidikan tetapi juga untuk menjadi mercu tanda pelancongan sebagai struktur kekal, di mana orang ramai boleh mempelajari semua mesej ucapan sub dialek “apa khabar” di tempat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, pada Selasa.

Jelas Harry lagi, setiap etnik juga akan membawa kraftangan yang paling berharga dalam sesebuah etnik untuk dipamerkan dalam reruai individu dalam satu mini kampung budaya atau mini muzium yang dianjurkan karnival tersebut.

“Ini juga dapat memberi pengetahuan kepada pengunjung. Anda tidak boleh mendapatkan semua maklumat ini dalam Google atau mana-mana enjin carian, jadi di sinilah kami membawa pendidikan, bukan sahaja kepada orang ramai, kepada anak-anak,” ujarnya lagi

Menurut Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan hadir untuk merasmikan Majlis Perasmian Taste of Borneo Cultural Carnival 3.0 pada 2 November 2024.

“Tahun ini agak istimewa kerana Majlis Bandaraya Miri (MBM) merupakan penganjur bersama akan turut menjemput penyertaan dari Sabah, Brunei, dan Kalimantan, Indonesia.

“Kerana acara ini dikenali sebagai Taste of Borneo, kami ingin memastikan karnival tersebut disertai semua negeri Borneo,” katanya

Untuk rekod, Taste of Borneo Cultural Carnival pernah dianjurkan pada tahun 2017 dan 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan