Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zafreen dan Khairi ditemui sejurus tamat acara silat olahraga di Stadium Bandaraya Miri, hari ini. Foto: Akma Salleh (TVS)

SUKMA: Zafreen perlu baiki teknik pukulan dan tendangan

ByAkma Salleh

MIRI, 20 Ogos: Wakil Selangor, Zafreen Afrina Zairizal perlu memperbaiki teknik pukulan dan tendangan untuk mara ke peringkat seterusnya.

Menurut jurulatih pasukan, Muhammad Khairi Mukim, 27, ini kerana pihak lawan amat cekap dan boleh mengganggu fokus Zafreen.

“Kalau kita lihat tadi kelemahan pihak lawan adalah dari segi stamina, dan Zafreen lebih nampak bertenaga. Selepas ini apa yang kita akan fokuskan kepada Zafreen adalah jarak masa untuk masuk, pukulan dan tendangan.

“Pusingan awal ini kebiasaanya atlet memang akan gementar, apatah lagi Zafreen baharu pertama kali masuk gelanggang di kejohanan yang besar dan berprestij. Kita akan bantu dia untuk meningkatkan keyakinan diri itu dan kuatkan mental untuk mengatasi pihak lawan,” katanya ketika ditemui TVS sejurus tamat acara silat olahraga di Stadium Bandaraya Miri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Khairi berkata, Zafreen turut berpotensi memenangi pingat emas berdasar prestasi yang ditonjolkan sepanjang kem latihan dan pertandingan saringan awal.

“Untuk Zafreen semestinya mendapat pingat dan naik podium, walaupun dia baharu tapi dia ada potensi yang tinggi untuk meraih pingat emas di kejohanan SUKMA ini.

“Ini kita boleh lihat dari perkembangannya selama mengikuti latihan, banyak peningkatan dia (Zafreen), termasuk pada acara tadi, dia berjaya menundukkan lawannya,” tambahnya lagi.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan