Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tsen Fan Yew pada sesi penyampaian pingat pemenang acara boling tenpin kategori master lelaki dan wanita di Kuching, hari ini. Foto TVS

SUKMA: Tsen Fan Yew bangkit demi emas boling tenpin acara master lelaki

ByTVS

KUCHING, 20 Ogos: Atlet boling tenpin kontinjen Sarawak Tsen Fan Yew terpaksa berhempas pulas mengejar saingannya bagi meraih pingat emas dalam acara kategori master lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Fan Yew mengakui pertandingan akhir itu cukup sengit namun dirinya berusaha untuk senantiasa fokus dalam menghadapi cabaran untuk memenangi pingat emas.

“Saya sangat gembira dengan dengan kejayaan ini sebab ini merupakan penampilan SUKMA yang terakhir buat saya dan saya berjaya melakukannya dan mencapai sasaran yang saya tetapkan,” katanya ketika ditemui selepas sesi penyampaian pingat venue pertandingan boling di sini, hari ini.

Tsen Fan Yew menewaskan atlet kontinjen Pulau Pinang Mohd Zuhair Zailaini dalam perlawanan akhir dengan kemenangan 2-1 melalui catatan jatuhan pin 202-212, 208-200, dan 215-192.

Dalam perebutan pingat gangsa menyaksikan atlet kontinjen Terengganu, Wan Muhammad Zarif Ikram Wan Mazlan berjaya menewaskan atlet kontinjen Johor Aliff Haiqal Sahrul.

Sementara itu, wakil Johor Anis Hannani Romzi berjaya memenangi pingat emas dalam acara boling tenpin kategori master wanita.

Anis menewaskan lawannya di peringkat akhir Nur Anis Anisya Muhamad Zaffli dari Kedah dengan kemenangan 2-0 melalui catatan jatuhan pin 254-197, 215-165.

Pingat gangsa pula dimenangi oleh atlet Selangor Adelia Nur Irwan Syazalee selepas mengalahkan atlet tuan rumah Nur Hazirah Ramli dalam perlawanan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan