Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gandingan atlet terjun Sarawak, Awang Sharzan Nasrin dan Dayang Nursharzyra merangkul pingat emas dalam acara tiga meter papan anjal seirama campuran di Pusat Akuatik Pandalela Rinong disini hari ini. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA: Terjunan emas dua beradik, tuai emas ketiga kem terjun Sarawak

ByTVS

KUCHING, 19 Ogos: Gandingan atlet terjun Sarawak, Awang Sharzan Nasrin dan Dayang Nursharzyra merangkul pingat emas dalam acara tiga meter papan anjal seirama campuran di Pusat Akuatik Pandalela Rinong di sini hari ini.

Pasangan adik beradik itu menunjukkan prestasi cemerlang pada kelima-lima terjunan selepas melengkapkan terjunan dengan mata keseluruhan (227.13).

Awang Sharzan, 19, yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang sains sukan berkata tiada halangan bagi mereka untuk mempamerkan aksi terjunan yang baik kerana keserasian yang kuat antara pasangan penerjun ini mendorong kepada kejayaan itu.

“Saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan pada hari ini dan kami bangga dapat memenangi pingat emas ini.

“Untuk mengekalkan keserasian dengan adik saya (Dayang) mudah sahaja kerana kami memang adik beradik jadi keserasian antara kami itu kuat,” ujarnya.

Sehubungan itu, Awang Sharzan juga menyifatkan kemenangan itu adalah hasil dorongan daripada kedua-dua ibu bapanya yang sentiasa memberi sokongan kepada mereka dalam menceburi sukan berkenaan.

“Kami menceburi bidang terjun dari umur lapan tahun dan sentiasa mendapat sokongan daripada keluarga. Kemenangan ini untuk ibu bapa kami atas pengorbanan mereka selama ini,” katanya lagi.

Sementara itu , pencabar dari Wilayah Persekutuan Celeste Qin Lee dan Jin Wei Choo memenangi pingat Perak dengan mata keseluruhan (209.40).

Manakala gandingan penerjun Terengganu, Muhammad Haziq Muizzudin dan Uzlifatil Jannah Ashraf mendapar gangsa dengan kutipan keseluruhan (201.81) mata.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan