Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap ACDM, Abdul Yakub Arbi pada sidang media di Stadium Mukah hari ini. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

SUKMA: Skuad Judo Sarawak sasar dua pingat emas

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 20 Ogos: Skuad Judo Sarawak yakin akan memberi persembahan terbaik semasa temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI kali ini, dengan sasaran dua pingat emas, satu perak, dan satu gangsa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Assistant Chef De Mission (ACDM), Abdul Yakub Arbi, menyatakan keyakinannya terhadap kemampuan skuad ini.

“Jika skuad ini melebihi sasaran, itu adalah satu bonus. Selain insentif daripada kerajaan negeri, saya sendiri juga telah menyediakan ganjaran kepada skuad judo yang berjaya memperoleh pingat emas, perak, dan gangsa,” ujarnya ketika ditemui pemberita sewaktu sidang media di Stadium Mukah, hari ini.

Skuad ini terdiri daripada 14 atlet yang terlatih, dibimbing oleh Ketua Jurulatih, Igarashi Jumpei, yang berasal dari Jepun, Penolong Jurulatih, Anderson Venus, dan Pengurus Pasukan, Dylan Redas Noel.

Persiapan skuad Judo Sarawak dimantapkan dengan latihan intensif di Kompleks Sukan Azman Hashim, Sibujaya, yang bermula dari 18 Julai hingga 15 Ogos 2024.

Dedah beliau, pengalaman dari penyertaan dalam kejohanan-kejohanan terdahulu turut menjadi faktor penting dalam persediaan mereka.

“Pada Jakarta Judo Open 2023 yang berlangsung dari 17 hingga 19 November 2023 di Judo Sport Hall, Jakarta, Indonesia, skuad ini berjaya membawa pulang satu pingat emas dan enam pingat gangsa.

“Sebelum itu, pada Kejohanan Judo Remaja Kebangsaan Ke-27 yang berlangsung dari 1 hingga 3 Mac 2024 di Lumut, Perak, mereka memenangi empat pingat emas, tiga perak, dan dua gangsa,” dedahnya lagi.

Tempat pertandingan SUKMA Judo kali ini adalah di Dewan Sri Balau, UiTM Kampus Mukah.

Katanya lagi, skuad ini juga telah menjalani kem latihan dan sparring bersama Sengoku International Dojo di Bali dari 18 hingga 31 Julai 2024, sebagai persediaan akhir sebelum menghadapi cabaran di SUKMA XXI. – TVS

Tags: judo, mukah, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan