Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontinjen SUKMA Sarawak, setakat 1 tengah hari ini, mengumpul 39 emas, perak (23) dan gangsa (30). Foto Saibi Gi (TVS)

SUKMA: Sarawak unggul mengejar gelaran juara

BySaibi Gi

KUCHING, 20 Ogos: Kontinjen Sarawak kekal berada di tangga teratas carta pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 setelah empat hari temasya dwi tahunan itu dirasmikan pada Sabtu lepas.

Kontinjen tuan rumah, setakat 1 tengah hari ini, mengumpul 39 emas, perak (23) dan gangsa (30) dengan jumlah keseluruhan 92 pingat.

Sarawak diekori Wilayah Persekutuan dengan 29 emas, perak (27) dan gangsa (40) dengan jumlah pingat 96.

Kontinjen Terengganu yang berada di kedudukan ketiga, meraih 17 emas, perak (16) dan gangsa (17) dengan jumlah pingat 50.

Selangor di tempat keempat, Johor (5), Sabah (6), Negeri Sembilan (7), Melaka (8), Pahang (9), Pulau Pinang (10), Perak (11), Kedah (12), Kelantan (13) manakala kontinjen jemputan, Brunei di kedudukan terakhir.

Saingan SUKMA 2024 hari ini diteruskan hari ini dengan 78 pingat emas menjadi buruan, iaitu 32 daripadanya dipertandingkan dalam sukan mempertahankan diri seperti Muay Thai (14), pencak silat (lapan), judo dan silambam masing-masing empat, taekwondo dua, manakala olahraga menawarkan 13 emas dan akuatik mempertaruhkan 12 emas (sembilan renang, tiga terjun).

Temasya sukan kebangsaan itu akan melabuhkan tirai pada Sabtu ini.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan