Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhamad Hazim Sahar Azmi dari Pahang menewaskan atlet Sarawak, Syahrul Wafie Khan Amran Khan bagi kategori 80kg. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA: Saingan kian sengit di gelanggang tinju

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 20 Ogos: Saingan acara sukan tinju pada malam kedua peringkat suku akhir bagi SUKMA Sarawak 2024 di sini semakin sengit apabila tiga ‘Referee Stopped Contest’ (RSC) dicatatkan malam tadi dan secara tidak langsung menempah tiket ke peringkat separuh akhir.

RSC atau menyelamatkan petinju daripada kalah mati apabila dikalahkan, tidak dapat melindungi diri sendiri ataupun tidak layak untuk meneruskan pertarungan.

Tiga bout yang mencatatkan RSC adalah bout keempat (51kg) apabila atlet dari Pulau Pinang, Pavithran Rajini Kanth dengan mudah menundukkan lawan dari Perlis iaitu Syed Muhammad Irfan Syed Ruzman Ardi.

Dua lagi bout adalah melibatkan bout keenam (57kg) dengan atlet Sabah, Joel Evekly Jain menumpaskan Kavikorn Ucupan dari Perlis dan bout ke-12 (71kg) dengan Muhammad Farihin Muzill Mohd Shaiful dari Johor berjaya menewaskan Muhammad Addam Haqiemie Mohd Hisham dari Selangor.

Mereka bertiga akan bertemu dengan lawan mereka bagi saingan peringkat separuh akhir pada 21 Ogos ini bertempat di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman.

Bagi kem Sarawak, seorang daripada lima atlet berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir iaitu Frederick Xian Bartholomew Albern yang berjaya menumpaskan lawannya dari Wilayah Persekutuan iaitu Muhammad Haikal Hakim Mohamad Noor bagi kategori 57kg.

Peter Nyanggun Mancha (51kg), Wan Dhia Danish Wan Muhammad Reza (63.5kg), Marcos Robert (71kg) dan Syahrul Wafie Khan Amran Khan (80kg) masing-masing terkandas di peringkat suku akhir.

Bagi bout lain, sebanyak 14 atlet berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir bagi merebut pingat emas bagi edisi kali ini dan hanya seorang atlet iaitu Muhammad Azrul Ezad Zolkifli dari Terengganu mendapat kemenangan percuma (walkover) apabila Logendra Shanmuganathan dari Wilayah Persekutuan hilang kelayakan untuk bertanding.

Hari ini, 16 bout melibatkan lapan kategori secara keseluruhan akan dipertandingkan pada malam pertama saingan separuh akhir yang akan bermula pada jam 6 petang.

Daripada lapan kategori, enam kategori melibatkan kategori lelaki iaitu 48kg, 54kg, 60kg, 67kg, 75kg dan 86kg manakala dua kategori wanita pula adalah 48kg dan 57kg.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan