Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet muaythai Sarawak yang berjaya melakar kejayaan cemerlang dalam acara muaythai SUKMA.

SUKMA: Roslan nekad berhenti kerja demi latih atlet muaythai Sarawak

BySafri Ali

KUCHING, 20 Ogos: Di sebalik kejayaan cemerlang atlet muaythai Sarawak merangkul pingat emas dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang berlangsung di Bahagian Bintulu ketika ini, tidak siapa yang mengetahui pengorbanan besar yang telah dilakukan jurulatih mereka, Roslan Johani.

Anak kelahiran Sadong Jaya berusia 38 tahun itu yang bekerja di salah sebuah kedai makan di Kota Samarahan sejak tujuh tahun lalu nekad berhenti kerja demi melatih atlet muaythai SUKMA Sarawak.

This image has an empty alt attribute; its file name is SUKMA-WATERMARK-TVS-DO-NOT-DELETE-20.png
Roslan Johani bersama atlet muaythai Sarawak yang memenangi pingst emas dan pingat perak dalam acara muaythai SUKMA.

“Setiap kejayaan bukannya melalui jalan yang mudah, pastinya memerlukan pengorbanan. Dilantik sebagai jurulatih SUKMA menyebabkan saya perlu mengorbankan masa dengan kerap membawa atlet bertanding, mengikuti kursus, taklimat dan kem latihan di Bangkok, Thailand.

“Walaupun baharu beberapa bulan menimang cahaya mata pertama saya nekad berhenti kerja kerana tidak sanggup lagi memohon cuti daripada majikan,” katanya kepada TVS hari ini.

Sebelum menjadi jurulatih Roslan adalah atlet muaythai di bawah Kelab Muaythai Phoenix Meranek, kelab yang terletak di Kota Samarahan dan ditubuhkan sejak tahun 2012.

Dia diberi tanggungjawab melatih pasukan muaythai Sarawak kategori seni yang berjaya menyumbang dua pingat emas dan dua pingat perak petang semalam.

Lebih manis lagi dua emas dan satu perak disumbangkan oleh anak didiknya sendiri (Mifdal Wafiy acara solo Wai Kru dan Duo Mai Muay dan Nur Arifah Mahsunah Duo Mai Muay) dari Kelab Muaythai Phoenix Meranek.

Menjelas lanjut, Roslan berkata, pada masa ini dia dilantik pihak Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) sebagai Jurulatih Pembangunan Muaythai separuh masa.

“Dengan kejayaan membawa pulang dua emas dan dua perak ini saya berharap akan dilantik sebagai jurulatih sepenuh masa.

“Kita mahu melangkah jauh membawa atlet Sarawak ke peringkat antarabangsa selepas ini kerana sukan muaythai akan di pertandingkan di Sukan Olimpik yang akan datang,” jelasnya.

Dalam pada itu, Roslan turut mengucapkan tahniah kepada anak-anak buahnya yang telah melakar kejayaan cemerlang dengan merangkul pingat dalam edisi SUKMA kali ini.

Mifdal Wafiy, 17, yang menyumbang dua pingat emas acara muaythai solo Wai Kru dan Duo Mai Muay berkata, dia amat teruja kerana dapat menyumbang emas kepada negeri kelahirannya Sarawak.

“Alhamdulillah…penat lelah kita gigih menjalani latihan selama ini telah membuahkan hasil, ini bukan sesuatu yang mudah kerana perjalanan kita menubuhkan pasukan ini mengambil masa selama setahun dengan atlet-atlet yang baharu bertungkus lumus menjalani latihan dari pagi hingga petang.

“Terima kasih juga kepada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak dan SSC yang banyak membantu dari segi latihan dalam negeri dan luar negara dan ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan kepada anak mereka dalam sukan muaythai ini,” ujarnya.

Sementera itu, Mifdal Wafiy, 17, yang menyumbang dua pingat emas acara muaythai solo Wai Kru dan Duo Mai Muay berkata, dia amat teruja kerana dapat menyumbang emas kepada negeri kelahirannya Sarawak.

“Kami telah melakukan latihan selama lebih setahun sebelum mengharungi temasya SUKMA ini. Setelah melayakkan diri ke final saya bertekad mahu menunjukkan aksi terbaik untuk menyumbang emas kepada pasukan Sarawak.

“Saya juga mahu membalas jasa dan penat lelah jurulatih yang berkorban masa dan tenaga membimbing kami, lebih-lebih lagi apabila mengetahui jurulatih sanggup berhenti kerja semata-mata untuk memberi fokus melatih kami,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan