Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Surayya Rizzal dari Pulau Pinang berjaya menewaskan Lauren Tang Yan Faye dari Wilayah Persekutuan dengan kemenangan tipis 15-14. Foto Tasha Jenkins (TVS)

SUKMA: Pulau Pinang raih emas lawan pedang acara foil wanita individu

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 20 Ogos: Perasaan penuh debaran untuk pemenang acara foil wanita individu dalam pertandingan lawan pedang yang berlangsung di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri, hari ini.

Dalam kategori acara foil wanita, Surayya Binti Rizzal dari Pulau Pinang berjaya menewaskan Lauren Tang Yan Faye dari Wilayah Persekutuan dengan kemenangan tipis 15-14.

Dalam temu bual dengan TVS, beliau menyatakan, “Saya biasanya mengamalkan mindset untuk tidak peduli tentang persekitaran, hanya fokus pada perlawanan saya, menutup hal-hal lain, dan percaya pada diri sendiri serta latihan yang telah saya lakukan untuk pertandingan ini.

“Terima kasih juga kepada jurulatih saya, Rizal dan Laza dan Kelab Malaysia saya, Triumph Fencing Studio,” katanya lagi.

Beliau juga menyatakan bahawa idola beliau, Yu Peng Kean, merupakan sumber inspirasi yang besar bagi dirinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan