Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Pulau Pinang meraikan kejayaan mereka selepas memenangi tiga pingat emas dalam kategori judo di pusingan akhir SUKMA XXI 2024 di Dewan Sri Balau, UiTM Mukah. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

SUKMA: Pulau Pinang dominasi judo

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 20 Ogos: Pulau Pinang mendominasi acara judo di SUKMA XXI 2024, memenangi tiga daripada empat pingat emas yang dipertandingkan di Dewan Sri Balau, UiTM Mukah hari ini.

Pingat emas pertama disumbangkan oleh Qaleeda Izz’dika Mohd Rosidi dan Lim Xin Jie dalam acara Ju No Kata wanita, dengan skor 325.5 mata, mengatasi Terengganu yang mencatat 324 mata.

“Kami tidak menjangka akan membawa pulang emas, tetapi latihan yang konsisten dan pengorbanan masa akhirnya membuahkan hasil,” kata Qaleeda selepas ditemui pemberita TVS pada Selasa.

Dalam acara Nage No Kata lelaki, pasangan Ng Yi Xuan dan Wong Yi Xuan turut meraih emas dengan 324 mata, meninggalkan Terengganu di tempat kedua.

“Kami berlatih keras, sering kali mengorbankan masa cuti dan waktu rehat di antara sesi kuliah dan peperiksaan, ” ujar Yi Xuan.

Kejayaan Pulau Pinang diteruskan dalam acara Ju No Kata lelaki, di mana Ng Yi Heng dan Frederic Yeap Zhang Wei memenangi emas dengan 337.5 mata, mengatasi Melaka.

“Ini adalah hasil daripada latihan berterusan dan pengorbanan masa bersama keluarga dan rakan-rakan sejak SUKMA lepas, ” kata Ng Yi Heng.

Sementara itu, pasukan Terengganu pula berjaya meraih emas dalam kategori Nage No Kata wanita, dengan pasangan Puteri Arriana Umairah Mohd Zaki dan Annur Arifah Alwi mencatat 300 mata.

“Kami sangat bangga kerana berjaya mengatasi cabaran ini, walaupun dalam masa yang sama perlu membahagikan masa antara latihan dan peperiksaan,” kata Puteri Arriana.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Tellian, Royston Valentine menyaksikan acara judo SUKMA XXI pada hari pertama dan menyampaikan pingat kepada pemenang.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Dato Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, ADUN Balingan merangkap ACDM SUKMA ke-21 Judo, Abdul Yakub Arbi, serta pengurus pasukan judo dari negeri-negeri yang bertanding. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan