Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perlis menambah pungutan emas sukan angkat berat melalui kemenangan Muhammad Aimran Syahir Roslin bagi acara 67 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024. Foto TVS

SUKMA: Perlis tambah koleksi emas acara angkat berat

ByAhmad Burhanuddin

BETONG, 20 Ogos: Perlis menambah pungutan emas sukan angkat berat melalui kemenangan Muhammad Aimran Syahir Roslin bagi acara 67 kilogram (kg) lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Dia merekodkan kemenangan menerusi angkatan keseluruhan 260kg, iaitu 118kg untuk snatch dan 142kg (clean & jerk).

Jelas Muhammad Aimran, masalah diet dan sedikit kecederaan yang dialami dirinya tidak menjejaskan fokus dan semangatnya untuk meneruskan pertandingan dan sekali gus menjuarai acara berkenaan.

“Alhamdulillah, walaupun semasa perlawanan tadi ada mengalami masalah diet, ditambah lagi dengan kecederaan kekejangan otot, (namun) saya masih boleh lawan dan menang pingat emas.

“Sasaran saya yang sebenarnya adalah untuk memecahkan rekod kebangsaan tetapi disebabkan saya terlebih diet dan berat badan saya terlampau turun, saya jadi penat,” katanya ketika ditemui media selepas majlis penyampaian pingat acara 67kg lelaki di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi menyaksikan sukan berkenaan.

Kata Muhammad Aimran, dia optimis untuk mempertahankan kejuaraan dimilikinya pada edisi SUKMA akan datang selain turut menyasarkan untuk bertanding pada Sukan Komanwel 2026.

Selain itu, dia juga tidak lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan penuh kepada dirinya dalam menghadapi SUKMA kali ini.

“Terima kasih kepada keluarga yang selalu sokong saya terutamanya ibu dan ayah saya. Terima kasih kepada semua jurulatih saya dan pihak lain yang turut menyokong saya,” ujarnya.

Sementara itu, pingat perak dirangkul altet Selangor, Muhammad Adam Mukhriz Mohd Hafidz dengan catatan 257kg (111kg, 146kg) dan gangsa dimiliki Villion Ryan Munsin dari Sabah yang mencatatkan angkatan 238kg (108kg, 130kg).

Dalam acara berlainan, atlet kontinjen Terengganu, Alia Adani Johari memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dalam sukan angkat berat bagi acara 55kg wanita.

Kemenangan Alia Adani diperoleh menerusi angkatan keseluruhan 152kg; iaitu 70kg untuk snatch dan 82kg (clean & jerk).

Di tempat kedua, Nurqalida Umirah Abdullah dari Perlis dengan rekod angkatan 139kg (63kg, 76kg) dan atlet Sabah, Sherleyne Jounis meraih gangsa dengan catatan 134kg (58kg, 76kg). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan