Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu ketika ditemui pada acara muaythai di Naim Paragon Streetmall, Bintulu, hari ini. Foto UKAS

SUKMA: Perancangan rapi penyumbang Sarawak masih ungguli carta pungutan emas

BySteward Dawi

BINTULU, 20 Ogos: Perancangan yang rapi menjadi salah satu faktor Sarawak masih mendahului kedudukan carta pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 setakat ini, kata Chef de Mission Sarawak, Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Dato Gerald Rentap Jabu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan turut mengakui sekiranya momentum itu berterusan tidak mustahil pasukan tuan rumah berjaya mengumpul lebih 70 pingat emas dalam beberapa hari lagi yang berbaki.

“Tetapi sasaran kita memang mahu membolot lebih banyak pingat, terutamanya kilauan pingat emas. Esok banyak lagi acara yang akan dipertandingkan dan begitu juga hari-hari seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menyaksikan muaythai kategori kombat lelaki dan wanita peringkat akhir bertempat di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming, dan Residen Bintulu Nyurak Keti.

Jelas Gerald, sokongan padu yang diberikan penyokong-penyokong di seluruh Sarawak dan di luar Sarawak turut membakar semangat para atlet Sarawak untuk berjuang sehabis baik.

Setakat pukul 11 malam ini Sarawak merekodkan 48 pingat emas, 28 perak, 38 gangsa yang jumlah keseluruhan pingat 114.

Mengenai acara muaythai, beliau sangat berbangga dengan pencapaian pasukan Sarawak kerana melepasi sasaran pingat emas yang ditetapkan sebelum ini.

“Kita perlu cari pelapis atlet wanita muaythai bagi memantapkan lagi pencapaian sukan itu di Sarawak.

“Kalau kita lihat banyak kelab-kelab muaythai ditubuhkan di beberapa bahagian di Sarawak dan menjadi platform untuk mencari bakat baru di dalam sukan ini,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan