Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Pengerusi Persatuan Tenpin Boling Sarawak, Robert Lu Nam Min(tiga, kiri) semasa bergambar bersama pemenang acara tenpin boling kategori master bagi lelaki dan wanita di Megalanes Sarawak di Kuching pada Selasa. Foto TVS

SUKMA: Menangi pingat emas Tenpin Boling Kategori Master Lelaki penutup terbaik buat Sarawak

ByTVS

KUCHING, 20 Ogos: Kejayaan memenangi pingat emas bagi acara Tenpin Boling Kategori Master Lelaki menjadi penutup terbaik cabaran para atlet kontinjen Sarawak dalam acara boling pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Timbalan Pengerusi Persatuan Tenpin Boling Sarawak, Robert Lu Nam Min berkata, ia sesuatu yang indah bagi mereka mengakhiri perjuangan di Sukma setelah Sarawak berjaya memenangi pingat emas pertama bagi acara sukan ini dan turut menjadi pemenang pingat emas di perlawanan terakhir.

Katanya lagi, pasukan tenpin boling Sarawak turut berjaya mencapai sasaran yang telah diletakkan dengan memenangi keseluruhan lima pingat emas daripada tiga pingat emas yang ditetapkan.

“Ia suatu pengakhiran yang baik buat kita setelah menjadi pasukan yang memenangi pingat emas pertama dalam acara ini dan turut menjadi pasukan terakhir memenangi emas tenpin boling kategori master lelaki.

“Kita telah mencapai sasaran yang diletakkan dan kita berjaya menukar sasaran pingat perak kepada emas jadi kami sangat gembira dengan kejayaan ini dengan keseluruhan lima pingat emas untuk mencapai sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas sesi penyampaian pingat pemenang acara tenpin boling kategori master bagi lelaki dan wanita di Megalanes Sarawak di Kuching pada Selasa.

Pingat emas acara tenpin boling pada Sukma 2024 bagi Kontinjen Sarawak berjaya dicapai melalui kategori Tenpin Boling Beregu wanita melalui gandingan Nur Hazirah Ramli dan Lavinia Jia Jie Kho, kategori Tenpin Boling Beregu Campuran gandingan Nur Hazirah Ramli dan Tsen Fan Yew termasuk kategori Tenpin Boling
Wanita Bertiga melalui gandingan Nur Hazirah Ramli, Lavinia Jia Jie Kho dan Asya Dania Azree.

Manakala bagi acara perseorangan pingat emas berjaya diraih kontinjen Sarawak dalam kategori Tenpin Boling Perseorangan Wanita oleh Nur Hazirah Ramli dan kategori Tenpin Boling Kategori Master Lelaki Tsen Fan Yew.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan