Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Melaka mara ke separuh akhir bola sepak lelaki SUKMA XXI 2024.

SUKMA: Melaka, Wilayah Persekutuan melangkah ke separuh akhir acara bola sepak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 20 Ogos: Melaka mara ke separuh akhir acara bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 selepas menewaskan Perak dengan jaringan 2-1 dalam saingan suka akhir di Padang Mesra MDDM, Mukah hari ini.

Perak membuka jaringan awal menerusi Mohamad Haziq pada minit ke-61, namun Melaka bangkit dengan dua gol pada minit ke-65 dan 87 menerusi Muhammad Aqil dan Muhammad Haziq untuk memastikan kemenangan milik mereka.

Di Stadium Mukah, Wilayah Persekutuan turut menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Pulau Pinang 2-0.

Gol kemenangan Wilayah Persekutuan dijaringkan oleh Aiyubi Solahuddinnizam Muhammad Nasarudin pada minit ke-57 dan Muhammad Shahrulaikal Mohamad Nasir pada minit ke-95. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan