Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu (tengah), Dato Ismail Abang Saufi bergambar bersama jurulatih dan atlet sepak takraw wanita Sarawak semasa sidang media di Pusat Media, Stadium Muhibbah Bintulu hari ini. Foto UKAS

SUKMA: Medium terbaik beri pendedahan kepada pemain baharu

BySteward Dawi

BINTULU, 20 Ogos: Penganjuran acara sepak takraw bersempena dengan Sukan Malaysia (SUKMA) menjadi satu medium terbaik untuk memberi pendedahan kepada para atlet mengambil bahagian di dalam sukan berprestij tinggi sama ada di dalam negara atau peringkat antarabangsa, tegas Dato Gerald Rentap Jabu.

Menurut beliau yang merupakan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak itu, sebagai contoh pasukan sepak takraw wanita Sarawak banyak atlet-atlet baharu yang menunjukkan prestasi cemerlang dan memberi saingan hebat kepada pasukan dari negeri lain dalam SUKMA 2024.

“Ada kalangan mereka merupakan atlet baharu dan SUKMA 2024 ini secara tidak langsung akan memberi pengalaman berharga kepada mereka semasa bertanding di temasya sukan negara.

“Justeru, kita berharap pasukan sepak takraw wanita boleh mara ke pusingan akhir, walaupun tidak menang mereka tetap telah melakukan sehabis baik setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menyaksikan perlawanan merebut pingat gangsa kategori beregu wanita di antara Wilayah Persekutuan menentang Sarawak di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini.

Sementara itu, Presiden Persatuan Sepak Takraw Sarawak, Dato Ismail Abang Saufi berkata, antara kategori yang diberi fokus pasukan takraw Sarawak selepas ini ialah kategori quadrant, dan beregu (termasuk lelaki).

“Persatuan telah berusaha untuk mencari pelapis atau atlet baharu wanita (acara sepak takraw) di seluruh Sarawak.

“Selepas ini kita akan berusaha untuk mencungkil bakat baharu melibatkan pemain wanita kita,” jelasnya.

Untuk rekod, kategori berpasukan sepak takraw wanita Sarawak telah berjaya merangkul pingat perak dalam perlawanan sebelum ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan