Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Teh Zi Hao dari Johor mencatat kemenangan cemerlang dengan menewaskan Lee Tony dari Melaka dengan keputusan 15-13. Foto Tasha Jenkins (TVS)

SUKMA: Johor menyinar emas untuk lawan pedang acara sabre lelaki individu

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 20 Ogos: Pertama kali menyertai Sukan Malaysia (SUKMA), anak asal Johor merasakan kebahagiaan yang melimpah kerana berjaya meraih pingat emas dan berasa teruja dapat berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang di sekelilingnya.

Dalam kategori acara lawan pedang sabre lelaki, Teh Zi Hao, mencatat kemenangan cemerlang dengan menewaskan Lee Tony dari Melaka dengan keputusan 15-13.

Dalam sesi temubual, atlet muda berusia 17 tahun ini berkongsi strategi persiapan peribadinya menjelang pertandingan.

“Bagi saya secara peribadi, sebelum pertandingan, saya pasti melakukan regangan dan pemanasan badan. Saya juga percaya bahawa beberapa hari sebelum pertandingan, anda perlu mengurangkan aktiviti harian dan memberi fokus sepenuhnya kepada pertandingan”, katanya.

Beliau juga menambah, “Sebagai seorang remaja berusia 17 tahun, saya faham bahawa ramai rakan seusia saya suka bermain permainan video. Namun, satu atau dua hari sebelum pertandingan, saya akan menutup permainan dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada persediaan.”

Beliau juga dengan penuh semangat mengungkapkan bahawa meraih pingat emas adalah impian lamanya.

“Ya, saya masih ingat semasa di sekolah rendah, saya sering bercakap tentang datang ke sini dan memenangi emas. Itu terjadi 7 tahun yang lalu. Kini, impian saya telah menjadi kenyataan,” ujarnya.

Acara tersebut diadakan di Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri, hari ini. – TVS

Tags: Johor, sabre, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan