Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Elvis Priestly Clement dan Enrique Maccartney Harold memenangi pingat emas bagi acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Pandelela Rinong. Foto Alex Teo (TVS)

SUKMA: Jaga kesihatan mental, cipta keserasian ‘kunci’ kejayaan Elvis dan Enrique

ByTVS

KUCHING, 20 Ogos: Penjagaan kesihatan mental dan membina keserasian yang utuh antara pasangan adalah kunci kejayaan Elvis Priestly Clement dan Enrique Maccartney Harold apabila memperolehi pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 bagi acara 10 meter platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Pandelela Rinong.

Gandingan atlet terjun Sarawak ini beraksi dengan cemerlang selepas melengkapkan enam terjunan dengan mata keseluruhan (384.72) dan sekali gus mencipta rekod peribadi terbaik untuk pasangan itu.

Kejayaan itu turut menghadiahkan tiga lagi pingat emas untuk Kem Terjun Sarawak, menjadikan jumlah keseluruhan pingat emas yang berjaya dikutip setakat ini.

Enrique yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea 2023 berkata, menjalani latihan secara bertubi bagi mengekalkan penjagaan kesihatan mental merupakan kunci kejayaan itu.

“Kami selalu berlatih benda yang sama untuk kesihatan mental. Kami berpuas hati dengan prestasi hari ini, lebih-lebih lagi semasa beraksi di laman sendiri (Sarawak),” katanya

Bagi Elvis pula, mencipta keserasian yang kuat bersama pasangan (Enrique) merupakan elemen yang perlu diutamakan dalam sukan ini agar dapat melakukan setiap terjunan dengan baik dan kemas.

“Bagi saya kesihatan mental, keserasian bersama dan persahabatan yang utuh antara kami adalah kunci kejayaan hari ini,” ujarnya.

Sebelum itu, Elvis yang juga pemenang pingat emas bagi acara 3 meter papan anjal lelaki akan turun beraksi dalam acara 10 meter plaform individu pada 21 Ogos ini.

Sementara itu, penerjun dari Sabah, Julfaddli Jali dan Muhammad Anilrian Normatr Abdullah dengan mata keseluruhan (282.12) untuk pingat perak dan gandingan penerjun Wilayah Persekutuan , Donald Chen Da Win dan Choo Jin Wei untuk pingat gangsa dengan kutipan keseluruhan (271.53) mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan