Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Muaythai Sarawak semasa ditemui media selepas berjaya menjadi juara keseluruhan acara Muaythai SUKMA 2024 bertempat di Naim Paragon Streetmall, Bintulu hari ini. Foto Steward Dawi

SUKMA: Bolot lima emas, Sarawak juara keseluruhan Muaythai

BySteward Dawi

BINTULU, 20 Ogos: Pasukan Muaythai Sarawak berjaya membolot lima pingat emas sekali gus menjadi juara keseluruhan dalam acara tersebut bersempena dengan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menurut Ketua Jurulatih Muaythai Sarawak, Muhammad Azan Mohd Nadzri, kejayaan itu berkat usaha berterusan semua atlet Muaythai Sarawak (lelaki dan wanita) yang tidak mengenal erti penat lelah dan berputus asa.

“Kami sebagai jurulatih, Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sangat berpuas hati dengan pencapaian pasukan Muaythai Sarawak kali ini,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Pingat kepada para pemenang untuk kategori kombat lelaki dan wanita peringkat akhir bertempat di Stadium Muhibbah, Bintulu hari ini.

Sementara itu, bagi pemenang pingat emas Muaythai kategori kombat wanita (48-51kg), Maurien Hii Sie Lin berkata, kunci kejayaannya ialah mengamalkan latihan yang konsisten.

“Selain itu, saya sentiasa mendengar nasihat dan kata-kata semangat daripada semua jurulatih yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada semu atlet,” katanya.

Jelas Maurien, kekentalan dari segi mental dan fizikal juga sangat penting bagi seseorang atlet yang bakal berentap di dalam temasya sukan.

Seorang lagi pemenang dua pingat emas bagi kategori lelaki Wai Kru dan Mai Muay, Mifdal Wafiy Ayatullah berkata, dia sangat berbangga kerana berjaya menjadi sandaran buat Sarawak menambah pingat emas dalam SUKMA 2024.

“Walaupun sebelum ini saya agak kurang pendedahan berkaitan acara sukan yang besar, tetapi itu bukan menjadi batu penghalang untuk saya meneruskan perjuangan sehingga beroleh kejayaan yang sangat manis,” katanya.

Selain lima pingat emas, pasukan Muaythai Sarawak turut membawa pulang empat pingat perak dan satu pingat gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan