Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Juara bertahan Pahang melangkah ke separuh akhir acara hoki lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas membelasah Perlis 9-1 hari ini. Foto Malaysian Hockey Confederation

SUKMA 2024: Pahang benam Perlis 9-1, berdepan W.Persekutuan di separuh akhir hoki lelaki

ByBernama

KUCHING, 20 Ogos: Juara bertahan Pahang melangkah ke separuh akhir acara hoki lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas membelasah Perlis 9-1 hari ini.

Pada perlawanan suku akhir di Stadium Hoki Negeri Sarawak, Mohamad Nor Syakir Hafiq menjadi penyumbang jaringan tertinggi dengan empat gol (minit ke-10, 15’, 20’ dan 28’), selain sumbangan Muhammad Handzalah Abdul Hadi (14’), Airil Abdul Razak (15’), Muhammad Danish Irfan Muhammad Saufi (38’), Muhammad Atif Aqil Zubir (40’), dan Mohammad Harris Iskandar (42’).

Gol sagu hati Perlis diperoleh menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Irfan Shahrudin pada minit ke-34.

“Syukur alhamdulillah berjaya ke separuh akhir. Sepanjang dua hari rehat saya telah buat analisis dan hari ini pemain dapat ikut perancangan dan nampak cara mereka bermain semakin meningkat.

“Saya tak jangka mereka boleh jaringkan gol yang besar sebab kita datang sini untuk menang sahaja, tapi nampak pemain betul-betul fokus. Saya harap momentum ini dapat dikekalkan pada perlawanan separuh akhir esok,” kata jurulatih Pahang, Mohd Sufian Mohamad.

Pahang akan berdepan Wilayah Persekutuan pada aksi separuh akhir esok selepas pasukan itu mencatatkan kemenangan ke atas Johor 3-2 dalam satu lagi perlawanan suku akhir hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan