Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Snowdan Lawan memuji semangat juang para atlet tinju Sarawak yang mempamerkan aksi membanggakan pada SUKMA 2024. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA: 11 atlet Sarawak layak ke separuh akhir acara tinju

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 20 Ogos: Semangat kem tinju Sarawak untuk meraih pingat emas kian membara apabila 11 daripada 15 atlet Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 mara ke peringkat separuh akhir.

Penolong Chef-de-Mission Tinju Sarawak Datuk Snowdan Lawan berkata pencapaian ini cukup membanggakan.

“Saya melihat mereka mempunyai semangat yang kental yang berkobar-kobar serta mempunyai semangat yang tinggi untuk meneruskan perjuangan mereka dalam memperolehi pingat terutamanya pingat emas.

“Bukan itu sahaja, kehadiran Kilat Boy di bandar ini secara tidak langsung memberi semangat kepada mereka untuk bersaing lebih kepada pihak lawan,” katanya pada sidang media selepas malam kedua peringkat suku akhir di sini, malam tadi.

Malah, beliau juga percaya ada dalam kalangan atlet Sarawak yang bertanding kelak mampu menjadi seorang atlet yang hebat dan disegani pada masa akan datang.

Snowdan yang juga Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak turut mengajak warga Simanggang untuk beramai-ramai memenuhi stadium untuk memberikan sokongan padu kepada semua atlet-atlet yang bertanding.

Malam ini, sebanyak lapan atlet Sarawak bersaing pada malam pertama peringkat separuh akhir membabitkan enam kategori lelaki iaitu 48kg, 54kg, 60kg, 67kg, 75kg, 86kg dan dua kategori wanita iaitu 48kg dan 57kg.

Acara sukan tinju di Bahagian Sri Aman ini akan berakhir pada 22 dan 23 Ogos ini . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan