Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-79, Festival Muzik Borneo Sonic (BSMF) bakal menghimpukan kehadiran 36,000 peminat muzik yang turut merangkumi peminat dari Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Sarawak pada 11 hingga 12 Oktober ini.

Sempena Hari Kemerdekaan Indonesia, BSMF himpun peminat muzik Indonesia

ByWilly Jali

KUCHING, 19 Ogos: Sempena sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-79, Festival Muzik Borneo Sonic (BSMF) bakal menghimpunkan kehadiran 36,000 peminat muzik yang turut merangkumi peminat dari Indonesia yang akan berlangsung di Stadium Sarawak pada 11 hingga 12 Oktober ini.

Acara yang dianjurkan oleh BME International Sdn Bhd dan mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP) ini bertujuan untuk berkongsi pertukaran budaya yang rancak antara Indonesia dan Malaysia, khususnya di Sarawak.

BSMF 2024 juga menjanjikan persembahan menarik tidak hanya dari artis tempatan, ia terdiri daripada bintang popular K-pop dari Korea Selatan, Amerika Syarikat serta beberapa penghibur terkenal dari Indonesia.

Ia turut mempersembahkan Dolla, Jess Lee Jia Wei, Priscilla Abby, Dj Ujoo, Junny, Thomas, Dj Blink, Jess Le, Slumberjack, Judika, Bunga Citra Lestari dan Sed.X.

Untuk penggemar makanan, turut diadakan ‘Borneo Sonic Food Carnival’ di Dataran Stadium dengan 50 gerai makanan dan minuman serta 20 gerai yang menawarkan barang-barang seni dan kraf.

Dibuka dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada 9 hingga 12 Oktober 2024, para hadirin boleh menikmati persembahan muzik, permainan, pemberian hadiah, dan banyak lagi.

Tidak kurang menariknya, bagi memeriahkan suasana festival ini, penganjur turut menyediakan perkhemahan BSMF 2024 di Padang Bola Sepak D (Padang D) menawarkan pengalaman unik yang terletak kira-kira 200 meter dari Stadium Sarawak dan Food Carnival.

Bagi penggemar kecergasan dan pencinta muzik, ‘Borneo Sonic Music Run’ turut diadakan dengan sasaran 1,000 peserta dan akan berlangsung di Stadium Sarawak pada 12 Oktober, bermula 7 pagi dan meliputi laluan sejauh tiga kilometer.

BSMF 2024 merupakan edisi kedua dan dianjurkan BME International Sdn Bhd dengan disokong serta kerjasama beberapa rakan kongsi strategik Malaysia Airlines, Firefly Lalamove, MAE oleh Maybank2u, OPPO, Pepsi, Skechers, Smiling Fish, Tune Talk, Cloudjoi, Cloudkia Solution, Haidilao International dan The Spring Kuching.

Untuk maklumat lanjut, termasuk harga tiket dan kemas kini acara, ikuti BSMF 2024 di Instagram @borneosonic.mf atau layari laman web rasmi di https://www.borneosonic.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan