Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak meneruskan aksi cemerlang kategori wanita pada SUKMA 2024 hari ini. Foto, TVS.

Ragbi SUKMA: Skuad wanita Sarawak pamer bisa, menang semua perlawanan

ByVanessa Anak Enjop

MIRI, 20 Ogos: Pasukan ragbi wanita Sarawak meneruskan aksi cemerlang pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan kemenangan bergaya 14-5 ke atas Johor.

Kemenangan itu menyaksikan Sarawak berjaya mengekalkan kedudukan teratas dalam Kumpulan A.

Pegawai Pembangunan Sukan Ragbi Sarawak, Rohizat Achop Borhan Janang berkata, pencapaian berkenaan membuktikan komitmen dan semangat juang tinggi pasukan untuk melangkah ke final.

“Pasukan wanita kita telah memberikan keyakinan yang sangat tinggi walaupun kekurangan seorang pemain.

“Itu membuktikan Sarawak sangat komited untuk mara ke final,” katanya kepada TVS di Stadium Miri, di sini hari ini.

Sarawak sebelum ini turut mencatatkan kemenangan besar 34-0 ke atas Kedah serta menewaskan Melaka 26-0.

Tambah Rohizat, beliau yakin sokongan padu diterima oleh pasukannya mampu membantu mereka untuk mencapai sasaran pingat.

“Jika berjaya mara ke separuh akhir, pingat emas mungkin dalam genggaman,” tambahnya.

Mengenai prestasi skuad lelaki yang mengalami kekalahan dalam semua perlawanan, Rohizat optimis mereka akan bangkit dalam perlawanan esok. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan