Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Iskandar Turkee semasa melawat ke beberapa gerai jualan di Naim Paragon Streetmall bersempena dengan Karnival SUKMA hari ini. Foto: Steward Dawi (TVS)

Penganjuran SUKMA di Bintulu bantu lonjak sektor ekonomi tempatan – Iskandar

BySteward Dawi

BINTULU, 20 Ogos: Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang melibatkan Bahagian Bintulu bagi acara bola sepak, sepak takraw dan muaythai dilihat memberi impak sekali gus melonjakkan sektor ekonomi di sekitar bandar minyak itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, pengusaha industri perhotelan, restoran, produk tempatan (makanan dan minuman), perkhidmatan serta produk industri kotej antara sektor yang menerima tempias yang positif daripada penganjuran sukan terbesar negara itu.

“Kita tahu banyak kontinjen dari luar Sarawak seperti Semenanjung Malaysia dan Sabah datang ke Bintulu bagi menyertai beberapa acara yang dipertandingkan bersempena SUKMA 2024 kali ini.

“Sudah tentu mereka akan berbelanja sepanjang berada di Bintulu,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutupan Karnival SUKMA bertempat di Naim Paragon Streetmall, hari ini.

Jelas Iskandar, rata-rata usahawan tempatan yang mengambil bahagian di dalam karnival itu berpuas hati dengan venue penganjuran dan penjanaan hasil jualan mereka.

“Ini juga menunjukkan kita di Bintulu ini bersedia untuk terlibat sama di dalam penganjuran temasya sukan peringkat nasional dan antarabangsa.

“Fasiliti dan kemudahan sukan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak di Bintulu menunjukkan kemampuan dan ketersediaan Bintulu menjadi salah satu venue penganjuran.

Karnival SUKMA 2024 anjuran Majlis Pembangunan Usahawan Bahagian (MPUB) Bintulu yang bermula pada 12 sehingga 20 Ogos 2024 itu disertai lebih 20 usahawan tempatan yang menjual pelbagai produk tempatan dan perkhidmatan.

Turut hadir Residen Bahagian Bintulu, Nyurak Keti dan ketua-ketua masyarakat tempatan di Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan