Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norumar Mohd Firdaus @ Kumar Sukalinggam meraikan kemenangan meraih pingat emas untuk Perlis semalam. Foto, Majlis Sukan Negeri Perlis.

Norumar sumbang emas kelima taekwondo Perlis

ByBernama

KUCHING, 20 Ogos: Norumar Mohd Firdaus @ Kumar Sukalinggam membuktikan wakil wanita Perlis tiada tandingan apabila menyumbang emas kelima kem taekwondo negeri itu semalam.

Pada aksi akhir kategori bawah 53 kilogram (kg) di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, atlet tempur berusia 21 tahun itu menewaskan wakil tuan rumah Maple Law Tsi Eun 2-0.

Kemenangan itu menyaksikan Norumar muncul atlet keempat wanita Perlis merangkul gelaran juara di Bumi Kenyalang.

Ini selepas kejayaan Wong Zin menerusi poomsae individu wanita dan campuran serta Nadia Aina Syazwani Ishak bagi kategori bawah 67 kg dan Putri Nurrafqistina Damia Md Roshidi dalam acara bawah 46kg.

Saingan bawah 58kg lelaki pula menyaksikan Sebastian Tan Chung Wan dari Kelantan menumbangkan wakil Perlis, Darschan S Nathan 2-1.

P Moganarrajan dari Johor pula jelas tiada tandingan apabila menumbangkan wakil Negeri Sembilan Ahmad Muhaimin M Al Hafiidz 2-1 untuk emas bawah 54kg lelaki. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan