Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua-ketua gereja di Baitulmuqaddis pada Isnin menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas Gaza. Foto fail, AFP.

Malaysia mengulangi komitmen sokong usaha capai gencatan senjata, keamanan di Gaza

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Malaysia menegaskan komitmennya untuk menyokong usaha mencapai gencatan senjata dan memastikan keamanan yang berkekalan di Gaza di bawah panduan negara-negara utama termasuk Turkiye, Qatar dan Iran.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen tersebut disampaikan semasa panggilan telefonnya dengan Presiden Iran Dr Masoud Pezeshkian dan anggota Biro Politik Hamas Dr Basem Naim, semalam, sebelum beliau berlepas ke India untuk lawatan kerja.

“Antara perkara utama perbincangan ialah cadangan Turkiye untuk mengadakan sesi tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi menggerakkan pemimpin dunia Islam dalam memberikan tekanan yang lebih kuat ke atas Amerika Syarikat dan sekutunya, serta menggesa mereka supaya memaksa Rejim Zionis Israel untuk segera menghentikan serangan dan pengeboman di Gaza.

“Alhamdulillah, kerajaan Iran dan Hamas bersetuju serta menyatakan sokongan mereka terhadap inisiatif ini, termasuk konsensus bersama untuk menghulurkan jemputan kepada negara bukan Islam yang membela keadilan dan hak asasi manusia untuk rakyat Palestin, seperti Afrika Selatan, Brazil, Sepanyol, Ireland, dan Portugal,” katanya dalam Facebooknya, hari ini.

Anwar berkata tambahan pula, beliau, Dr Masoud dan Dr Basem percaya bahawa sebarang kemajuan yang bermakna ke arah keamanan mesti dimulakan dengan penghentian tanpa syarat semua tindakan ketenteraan dan perbuatan pencerobohan terhadap rakyat Palestin oleh pihak Israel. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan