Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika menghadiri Mesyuarat Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) Bil 1/2024 yang diadakan di ibu negara, hari ini.

Kerajaan Sarawak mahu wujudkan Sarawak Entrepreneur Development Database

ByHandy G

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Perindustrian dan Pelaburan (MINTRED) sedang dalam pelaksanaan mewujudkan Sarawak Entrepreneur Development Database.

Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerjasama antara agensi-agensi untuk berkongsi data yang sedia ada adalah penting dalam menjayakan inisiatif ini.

Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta keusahawanan di Sarawak berbeza dengan yang terdapat di Semenanjung dan Sabah.

“Oleh itu, pendekatan yang berbeza perlu diambil kira untuk memenuhi keperluan unik setiap wilayah,” katanya ketika menghadiri Mesyuarat Pembangunan Keusahawanan Nasional (MPKN) Bil 1/2024 yang diadakan di ibu negara, hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan turut dihadiri oleh exco serta wakil dari setiap negeri.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Penasihat MINTRED, Dato Sri Naroden Majais yang bersama-sama memberikan sokongan terhadap inisiatif yang dibentangkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan