Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang maut dan enam lagi, termasuk jutawan teknologi British Mike Lynch, masih hilang selepas sebuah kapal layar mewah tenggelam ketika belayar dalam cuaca buruk di pesisir pantai Sicily pada pagi Isnin sebelum subuh. Foto AFP

Jutawan British antara enam hilang dalam insiden kapal layar mewah di Itali

ByBernama

ROME, 20 Ogos: Seorang maut dan enam lagi, termasuk jutawan teknologi British Mike Lynch, masih hilang selepas sebuah kapal layar mewah tenggelam ketika belayar dalam cuaca buruk di pesisir pantai Sicily pada pagi Isnin sebelum subuh.

Lima daripada individu yang hilang dipercayai merupakan warga British, menurut laporan United Press International (UPI). Pihak berkuasa tidak segera mendedahkan identiti mangsa yang maut.

Dilaporkan bahawa isteri Lynch, Angela Bacares, adalah antara 15 orang yang berjaya diselamatkan daripada  bangkai kapal berkenaan.

Pasukan bomba memaklumkan operasi mencari diteruskan pada Isnin sementara Pengawal Pantai Itali mengetuai siasatan insiden itu.

Penyelam pakar telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu dalam usaha mencari.

Pegawai berkata kapal layar mewah itu terbalik di bahagian sisinya semasa ribut, menyebabkan beberapa orang tercampak keluar daripada kapal. Kapten kapal itu  memaklumkan bahawa 15 orang yang diselamatkan telah dipindahkan ke rakit penyelamat sehingga bantuan tiba. Akhirnya, kapal layar mewah itu tenggelam.

Lynch, yang mengasaskan bersama syarikat teknologi British, Autonomy sebelum menjualnya kepada Hewlett-Packard dengan harga US$11 bilion pada 2011, telah diekstradisi ke Amerika Syarikat untuk dibicarakan atas tuduhan didakwa menaikkan nilai syarikatnya sebelum penjualan itu, kata laporan UPI.

Namun, sebuah mahkamah persekutuan di San Francisco kemudiannya membebaskan Lynch daripada 15 tuduhan penipuan pada 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan