Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Jepun-Malaysia di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

JMA terus kukuhkan hubungan Malaysia-Jepun melalui program memulihara Hutan Hujan Tropika

ByMarzella Sigai

KUCHING, 20 Ogos: Persatuan Jepun-Malaysia (JMA) komited mahu mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Jepun melalui program pemulihan Hutan Hujan Tropika yang dijalankan di Sarawak.

Menurut Naib Presiden JMA, Haruko Arimura, setakat ini sebanyak 900,000 pokok ditanam di Sarawak dengan kerjasama dari pelbagai syarikat dan persatuan dari Jepun serta Kementerian Luar Negeri.

“Dari Jepun kami mempunyai lapan ahli delegasi dari Persatuan Jepun-Malaysia yang komited  mengeratkan lagi hubungan Jepun dengan Sarawak, Malaysia.

“Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi mesej yang sangat baik dan penghargaan terhadap komitmen kami dalam usaha untuk memulihara Hutan Hujan Tropika,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Haruko berkata, bagi menggalakkan lagi usaha untuk memulihara hutan di Sarawak, JMA akan mengadakan program menanam pokok di Hutan Simpan Sabal pada Rabu.

“Dalam masa terdekat, kami komited untuk menanam sejuta pokok dan sasaran utama kami adalah untuk melangkaui sejuta pokok ditanam. Harapan kami 10 juta pokok ditanam pada masa akan datang,” katanya.

Antara Program Pemulihan Landskap Hutan yang telah dijalankan JMA iaitu Hutan Simpan Balai Ringin, Taman Negara Gunung Apeng, Hutan Simpan Sampadi, Hutan Simpan Bakam, Taman Negara Sabal, Kampus UNIMAS dan di pesisir pantai Kampung Buntal.

Baru-baru ini JMA telah menjalankan fasa pertama projek untuk membaik pulih kehidupan dan persekitaran air di kawasan perkampungan berhampiran dari Mac 2021 sehingga Mac 2024 di kampung-kampung berhampiran Taman Negara Sabal.

Fasa kedua pula dimulakan pada April 2024 yang melibatkan Kampung Sabal Kruin Baru, Kampung Sabal Kruin Lama, Kampung Sabal Keruin Tengah, Kampung Nyalitak, Balai Ringin dan Serian. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan