Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jangan berhenti setakat SUKMA 2024, nasihat Kilat Boy kepada atlet tinju. Foto Muqri Aziz (TVS)

Jangan berhenti setakat SUKMA 2024, nasihat Kilat Boy kepada atlet tinju

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 20 Ogos: Petinju sensasi Sarawak yang berjaya mengharumkan nama negara pada kejohanan World Boxing Council (WBC) Asia Silver Super Bantamweight tahun ini, Daeloniel “Kilat Boy” McDeleon Bong menasihatkan para atlet yang bertanding pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 agar tidak terhenti di peringkat kebangsaan sahaja.

Kilat Boy menasihatkan para atlet agar sentiasa meningkatkan kemahiran mereka dan seterusnya menyertai sebarang kejohanan tinju yang diadakan di dalam mahupun luar negara.

Dengan mengambil contoh SUKMA yang merupakan platform terbaik bagi menonjolkan kemahiran bakat atlet muda di negara ini.

“Sama ada mereka mendapat pingat emas, perak mahupun gangsa pada edisi kali ini, jika umur mereka membolehkan mereka untuk bertanding pada SUKMA 2026 di Selangor, saya sarankan mereka untuk mengambil bertanding pada edisi berkenaan.

“Inilah platform yang terbaik untuk petinju-petinju muda kita untuk beraksi pada peringkat seterusnya seperti temasya sukan di peringkat antarabangsa seperti Sukan SEA 2027, Sukan Asia 2026 mahupun World Boxing Council (WBC) Asia Championship,” katanya ketika ditemui TVS semalam.

Bukan itu sahaja, Kilat Boy turut menasihatkan atlet yang mahu menjadi seorang petinju profesional pada masa hadapan untuk memilih platform yang betul dan terbaik bagi memastikan mereka mengembangkan lagi bakat sehingga mengharumkan nama negara.

Dalam pada itu, dia mengakui banyak atlet-atlet yang bertanding pada kejohanan edisi kali ini mempunyai bakat yang besar untuk dikembangkan dan seterusnya mewakili negara di persada antarabangsa.

“Saya terkejut apabila atlet dari Sarawak terutamanya yang berentap di dalam gelanggang mempunyai prestasi yang cemerlang dan mempunyai percaturan permainan yang mengagumkan.

“Bukan itu sahaja, atlet dari negeri-negeri lain pula juga memberikan saingan yang cukup hebat dan inilah apa yang saya katakan kebanyakan petinju ini boleh pergi jauh di dalam arena sukan ini,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan untuk terus meningkatkan kemahiran mereka untuk menggapai kejayaan dalam mana-mana kejohanan yang dipertandingkan mereka.

“Kalah atau menang itu belakang cerita. Kita kena tingkatkan kemahiran kendiri, emosi, fizikal dan metal dan paling utama adalah ‘stay humble’,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan