Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sukan Pelayaran dimulakan selepas ditangguh selama hampir sejam akibat cuaca buruk di Miri. Foto Salasiah Safian (TVS)

Cuaca buruk: Acara pelayaran SUKMA di Marina Bay, Miri dilewatkan sejam

BySalasiah Safian

MIRI, 20 Ogos: Hari kedua acara pelayaran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Marina Bay di sini bermula lewat sejam daripada jadual asal berikutan cuaca buruk.

Pegawai pertandingan Abdul Halim Hassan berkata, keputusan itu diambil atas faktor keselamatan.

“(Selain itu) disebabkan oleh keadaan angin yang tidak stabil serta berpusing-pusing, (ini telah) menyukarkan pegawai perlumbaan untuk menyediakan gelanggang perlumbaan,” katanya di sini hari ini.

Mengikut jadual, perlumbaan sepatutnya bermula pukul 10 pagi namun ditangguh sehingga pukul 11 pagi.

Perlumbaan hari ini dimulakan dengan Racing Rules of Sailing (RSS) 26 dengan bunyi amaran diberikan lima minit sebelum isyarat permulaan dikeluarkan.

Tiga gelanggang dibuka untuk perlumbaan kategori optimist, ILCA, RS-ONE, International dan BIC TECHNO.

Pelayaran menawarkan pingat antaranya bagi kategori optimis lelaki, ILCA 4 (lelaki dan wanita), ILCA 6 (lelaki dan wanita), ILCA 7 lelaki, RS One Lelaki, Techno 293 wanita dan International 420 (wanita).-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan