Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Para atlet mula menurunkan perahu layar mereka di Marina Bay, Miri untuk memulakan perlumbaan. Foto Salasiah Safian (TVS)

Buka pusat pelayaran di Bekenu – Rosey

BySalasiah Safian

MIRI, 20 Ogos: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu, Datuk Rosey Yunus mencadangkan agar Kerajaan Sarawak membuka sebuah pusat pelayaran di Bekenu, Miri.

Beliau mencadangkan agar pusat tersebut didirikan dengan segala kelengkapan untuk menjalani latihan.

“Untuk pusat pelayaran kita minta disokonglah untuk mengadakan pusat pelayaran di kawasan kita di Bekenu, Bungai. Di Bungai juga sesuai kerana ia berhadapan dengan laut seperti di sini (Marina Bay),” katanya ketika ditemui media di Marina Bay di sini, hari ini.

Katanya, adalah penting untuk Sarawak mempunyai pusat pelayaran agar dapat melatih atlet-atlet Sarawak sehingga ke Olimpik.

Peluang sebegini katanya, harus dimanfaatkan sebaiknya.

Sukan Pelayaran untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak pada kali ini diadakan di Marina Bay, Miri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan