Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni (tengah) selepas merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Sempadan Malaysia-Thailand ke-34 di Batu Ferringhi di sini hari ini. Foto TVS

Belum ada hasrat laksanakan vaksin cacar monyet – Lukanisman

GEORGE TOWN, 20 Ogos: Kementerian Kesihatan (KKM) belum berhasrat melaksanakan program imunisasi vaksin cacar monyet (Mpox) biarpun terdapat peningkatan kes di Afrika ketika ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, setakat ini negara belum merekodkan kes baharu bagi tahun ini namun pihaknya sentiasa mengikuti perkembangan dari negara-negara ASEAN berhubung kes jangkitan baharu.

Mpox: KKM tingkat survelan di pintu masuk negara

“Setakat ini kita belum lagi bercakap (berbincang) tentang vaksin ini dan sekiranya ada pun, kita akan kaji sepenuhnya keperluan tentang (vaksin) Mpox ini.

“Kita sudah ada garis panduan dan jangkitan boleh dielak sekiranya mengambil langkah berhati-hati, menjaga kebersihan diri dan proses-proses lain kerana simptom penyakit ini nampak jelas pada badan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Sempadan Malaysia-Thailand ke-34 di Batu Ferringhi di sini.

Turut hadir, Penyelia Kesihatan Wilayah 12 Thailand, Dr. Sombat Phadungvitva Atthana.

Mpox ragut lebih 570 nyawa di Congo – Menteri Kesihatan

Sementara itu, Lukanisman berkata, setakat ini belum terdapat sekatan untuk rakyat melakukan perjalanan ke luar negara.

“Proses yang kita lakukan adalah sama seperti ketika pandemik (COVID-19).

“Kita akan beri penekanan kepada agensi berkaitan terutama di pintu masuk imigresen negara seperti di lapangan terbang dan sempadan-sempadan kita,” katanya lagi.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan Mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa (PHEIC) untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.

Pengisytiharan jtu dibuat berdasarkan nasihat Jawatankuasa Kecemasan IHR dengan menekankan penularan ‘strain 1b’ yang lebih pantas di Congo dan negara-negara jiran di rantau Afrika. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan