Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi tiba di Kuala Lumpur, hari ini. Foto Astana Negeri Sarawak

Tun Wan Junaidi akan hadir Majlis Syarahan Negarawan dan Bicara Buku TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 Ogos: Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan menyampaikan syarahan negarawan kepada Ahli-ahli Parlimen dan kakitangan Parlimen di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut kenyataan Astana Negeri Sarawak, syarahan itu akan disampaikan pada Majlis Syarahan Negarawan dan Bicara Buku Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Wisma DBP bermula 9.30 pagi.

Majlis tersebut juga akan dihadiri kakitangan kerajaan, pensyarah universiti dan pelajar undang-undang.

Majlis tersebut diadakan bersempena pelancaran buku baharu beliau yang berjudul Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia Edisi Ketiga.

Tun Wan Junaidi serta isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi kini berada di Kuala Lumpur bagi menghadiri majlis tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan