Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premis jenama Tommy Hilfiger di tHe Spring, Kuching, cawangan pertama dibuka di Sarawak. Foto Amirah Shawel (TVS)

Tommy Hilfiger buka kedai pertama Sarawak di tHe Spring

ByAmirah Shawel

KUCHING, 19 Ogos: Jenama pakaian mewah Amerika Syarikat, Tommy Hilfiger secara rasmi membuka cawangan pertamanya di Sarawak.

Butik pertama itu telah dibuka kepada orang awam bermula 15 Ogos di pusat beli belah, tHe Spring, di sini.

Pengurus Kanan Pemasaran Malaysia dan Singapura PVH Corp, Joyce Wong berkata Sarawak menjadi negeri keempat yang memiliki outlet Tommy Hilfiger, selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Sabah.

“Kami memilih ibu negeri Sarawak sebagai destinasi seterusnya kerana ingin membina keberadaan dan momentum pasaran di sini.

“Tommy Hilfiger mungkin akan mengembangkan perniagaan di bandar-bandar utama lain di Sarawak, tetapi fokus kami adalah di Kuching,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS pada majlis pelancaran cawangan pertama Tommy Hilfiger, baru-baru ini.

Joyce memberitahu butik itu menampilkan koleksi Tommy Hilfiger Fall 2024 termasuk pakaian lelaki, wanita serta kasut dan aksesori.

Kedai itu juga menyediakan koleksi ‘Asia Exclusive’ yang direka khas bersesuaian dengan saiz dan cita rasa masyarakat tempatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan