Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kilat Boy bersama Clarkson Evans Tom Frankie yang berjaya menumpaskan atlet Pulau Pinang dalam tinju kategori 48kg pada peringkat suku akhir. Foto, Muqri Aziz (TVS).

Terlalu awal untuk menilai pelapis baharu wakili negara – Kilat Boy

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 18 Ogos: Masih terlalu awal untuk menilai atlet tinju yang berpotensi mewakili negara pada kejohanan antarabangsa.

Itu kata juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, Daeloniel Mcdelon Bong atau Kilat Boy ketika ditanya mengenai perkara itu pada hari ketiga acara berlangsung.

Daeloniel yang juga pemegang kejuaraan Asia Silver Super Bantamweight berkata, dia mahu atlet-atlet yang bertanding pada SUKMA 2024 ini melakukan yang terbaik untuk menempa nama mereka dalam arena tinju negara ini.

“Kemungkinan besar kita akan dapat lihat petinju yang berpotensi dalam masa dua atau tiga hari lagi.

“Namun sebagai anak Sarawak, saya mahu atlet-atlet Sarawak yang menang dan seterusnya terpilih mewakili negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan perlawanan suku akhir tinju kategori 48 kg di Stadium Tertutup Kompleks Sri Aman di sini malam hadi.

Ditanya sama ada tuan rumah mempunyai kelebihan untuk mencul juara keseluruhan, Daeloniel akui Sarawak berpotensi namun jelasnya dalam sukan tinju pelbagai perkara boleh berlaku.

Sehubungan itu, beliau mahu atlet-atlet yang bertanding sentiasa fokus untuk mencari kemenangan.

Dalam perkembangan lain, Kilat Boy memberi bayangan dia akan bertanding pada November ini dalam pertandingan antarabangsa.

“Pertarungan itu dijangka akan diadakan di Singapura atau Indonesia,” katanya lagi.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan