Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebahagian peserta yang menyertai SwkGDC anjuran SDEC pada 9 hingga 11 Ogos lepas. Foto, SDEC.

SwkGDC Game Jam perkasa bakat anak muda dalam permainan digital

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 19 Ogos: Program Komuniti Pembangun Permainan Sarawak (SwkGDC) yang memasuki tahun ketiga penganjuran dilihat berjaya memperkasakan bakat anak muda dalam permainan digital.

Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) berkata, SwkGDC Game Jam yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Ogos di TEGAS Digital Village melibatkan penyertaan seramai 49 pelajar yang melaksanakan prototaip permainan video digital dalam masa kurang 48 jam.

“Bertemakan Motion, peserta telah dibimbing oleh mentor industri dari seluruh Malaysia termasuk Moredoor Interactive, Kloena Digital, Rez Studios, Twilight Foundry Games dan Metronomik.

“Hari terakhir melibatkan 11 pasukan yang telah memperkenalkan prototaip mereka kepada orang ramai dan dinilai oleh panel hakim bagi memilih tiga pemenang,” kata SDEC menerusi kenyataan media.

Panel enam hakim terdiri daripada wakil TEGAS Digital Village, SDEC, Microsoft Xbox serta dua mentor tempatan, Nerdook Productions.

Tiga permainan yang dipilih sebagai pemenang ialah Chicken Express oleh BeeBeeBoopBoop, Lightspeed (KentangSoft) dan Specter Sight oleh The Holiday.

“Pemenang akan berpeluang menunjukkan bakat mereka pada acara Level Up PLAY yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada 13 hingga 15 September depan di ibu negara,” tambah SDEC.

SDEC juga memaklumkan akan menanggung kos perjalanan serta penginapan pasukan terpilih selain memberi tiket percuma untuk menghadiri Level Up KL yang berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2024.

Acara tahun ini menarik lebih daripada 70 pendaftaran termasuk pelajar, peminat permainan video dan profesional dari seluruh Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan