Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kelantan meraikan kejayaan ke separuh akhir bola sepak SUKMA 2024 di Mukah selepas menyingkirkan Johor. Foto, Lorenzo Iscaac (TVS).

Suku akhir bola sepak: Kelantan singkirkan Johor, Terengganu tewaskan Selangor

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

MUKAH, 19 Ogos: Kelantan dan Terengganu mara ke separuh akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas melepasi halangan suku akhir hari ini.

Di Padang Mesra MDDM Mukah, Terengganu mengesahkan slot selepas mengatasi Selangor 3-1.

Skuad muda Peteh membuka jaringan menerusi Muhammad Danial Mohd Nor pada minit ke-20.

Selangor bangkit menyamakan kedudukan empat minit kemudian, hasil jaringan Abdul Rahman Daud.

Keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Terengganu terus menguasai perlawanan dengan melancarkan beberapa percubaan yang mencemaskan gawang Gergasi Merah.

Muhammad Hazim Mohammad Padzli berjaya meletakkan Terengganu kembali di hadapan menerusi jaringan pada minit ke-58.

Sisa perjuangan Selangor terhenti apabila Terengganu mendapat gol ketiga menerusi Shahmeer Rusli pada minit ke-63 dan keputusan itu kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Di Stadium Mukah, satu lagi pasukan Pantai Timur, Kelantan turut mencipta sensasi apabila menewaskan pasukan pilihan, Johor juga dengan keputusan 3-1.

Kelantan memulakan perlawanan dengan baik apabila Muhammad Haziq Aiman Mohd Esa menjaringkan gol pendahuluan pada minit keenam.

Johor berjaya menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Naim Zainuddin pada minit ke-16.

Muhammad Shahril Sobri mengukuhkan cengkaman Kelantan apabila meledak dua gol masing pada minit ke-26 dan ke-58 permainan.

Sementara itu ketua jurulatih Kelantan, Ariff Hashim memberikan pujian terhadap prestasi ditunjukkan oleh barisan pemainnya pada hari ini.

“Walaupun kami kekurangan pemain, saya berpuas hati kerana pemain menjalankan tugas dengan baik dan berjaya mara,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Esok dua lagi perlawanan suku akhir akan berlangsung membabitkan Pulau Pinang menentang Wilayah Persekutuan manakala Perak turun membuat perhitungan dengan Melaka. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan