Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad tenis Wilayah Persekutuan mempamerkan prestasi cemerlang untuk meraih emas dalam perlawanan akhir acara tenis berpasukan campuran SUKMA 2024. Foto TVS

SUKMA: Wilayah Persekutuan raih emas pertama acara tenis

ByBernama

KUCHING, 19 Ogos: Skuad tenis Wilayah Persekutuan mempamerkan prestasi cemerlang untuk meraih emas dalam perlawanan akhir acara tenis berpasukan campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Pada aksi akhir yang berlangsung di gelanggang Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini hari ini, Wilayah Persekutuan mengecewakan Perak 3-2.

Wilayah Persekutuan membuka akaun pungutan mata menerusi perseorangan lelaki Darrshan Suresh Kumar yang menewaskan Azfar Haruya Amir Syahrul 6-1, 6-0 sebelum wakil wanita Perak Shihomi Li Xuan Leong mengalahkan Lynn Lim 6-0, 6-0.

Beregu lelaki Leroy Yong Nan Er-Nicholas Kong Yi Ren kembali meletakkan Wilayah Persekutuan di depan dengan mata kedua apabila menewaskan Daniel Leong Prickett-Muhammad Farreez Isqandar 6-3, 6-2.

Gandingan Aqil Adibi Rahiman-Nao Phang Ziyi memberi mata kemenangan ketiga buat Wilayah Persekutuan apabila menewaskan beregu campuran Perak Muhammad Adam Aqil Anuar-Hana Mohd Sahi 6-1, 6-4.

Mata kedua Perak diperoleh gandingan wanita Catherine Eva Liew-Hannah Sean Ean Yip setelah menewaskan Athilla Miasara Azizul Azhar 4-6, 6-2.

Sementara itu, Selangor meraih gangsa selepas menewaskan tuan rumah 4-1.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan