Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad karate Sarawak (kumite berpasukan lelaki) yang memenangi pingat gangsa pada hari terakhir pertandingan. Foto Salasiah Safian (TVS)

SUKMA: Skuad karate Sarawak tamatkan saingan dengan satu emas dan tiga gangsa

BySalasiah Safian

MIRI, 19 Ogos: Atlet karate Sarawak mempamerkan aksi cemerlang dan menamatkan saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 dengan satu pingat emas dan tiga pingat gangsa.

Jurulatih Karate Sarawak Jarvis Julian berkata, beliau amat berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya untuk Sukan Malaysia (SUKMA) pada kali ini.

“Ini merupakan kali pertama pasukan karate Sarawak memenangi pingat sejak saya menjadi jurulatih Sarawak. Selama ini mereka kecundang pada pusingan kedua.

“Kemenangan (Kumite Berpasukan Lelaki) ini juga merupakan hadiah istimewa buat Imran dan Jia Hong kerana ini kali terakhir mereka mengikuti SUKMA, yang lain semua kali pertama.

“Mereka berdua sudah berlatih dengan gigih selama dua tahun bersama dengan saya,” katanya ketika ditemui media di Dewan IKBN Miri, di sini hari ini.

Katanya pencapaian pada kali ini amat memberangsangkan kerana pasukan Sarawak hanya mensasarkan dua pingat perak dan lima pingat gangsa.

Pingat emas dimenangi oleh Eidelweiss Franzel Francey Sami dalam kumite individu wanita kategori 68 kilogram (kg) ke atas.

Manakala pingat gangsa pula dimenangi oleh Aina Batrisya, Arissa Maseira dan Jemima George untuk kategori kata berpasukan wanita.

Satu lagi pingat gangsa dimenangi oleh Ethan Iskandar Mohamat dalam kumite individu lelaki kategori 84 kg ke atas.

Untuk hari ini pasukan karate Sarawak memenangi satu lagi pingat emas melalui Kumite Berpasukan Lelaki yang menang menentang pasukan Perak dengan skor akhir (20-11). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan