Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kategori bertiga kumpulan gabungan wanita Sarawak. Foto TVS

SUKMA: Semangat berpasukan kunci raih emas

ByTVS

KUCHING, 19 Ogos: Kem boling Sarawak terus menghadiahkan pingat emas menerusi kategori bertiga kumpulan gabungan wanita yang berlangsung di Megalanes Emart Batu Kawa pada Ahad.

Selepas merangkul emas dalam acara individu, Nur Hazirah Ramli meneruskan momentum kecemerlangan bersama Lavinia Kho Jia Jie dan Asya Dania Asree dengan 3,591 jatuhan pin selepas mengharungi enam pusingan.

Nur Hazirah ketika ditemui berkata, semangat berpasukan memainkan peranan yang penting dalam mencapai kejayaan ini.

“Sejak dari awal kami menanamkan dalam hati agar tidak mudah berputus asa, walaupun ada kalanya merasakan ketinggalan, kami terus saling membantu.

“Kalau salah seorang tercicir mata, kami akan bantu naikkan semula jumlah mata yang tertinggal, kami teruskan melawan sehingga tamat,” katanya.

Menurutnya, pertandingan kali ini lebih mencabar sejak temasya ini bermula kerana pencabar dari pasukan lain memberikan tentangan hebat.

“Pemain negeri lain sangat bagus dan mencabar, sejak dari hari pertama lagi.

“Walaupun terdapat kesilapan yang kami lakukan, syukur kami dapat mengatasinya dan kekal berada di kedudukan teratas,” katanya.

Dalam saingan itu, Selangor akur di tempat kedua dengan 3,494 jatuhan pin yang diwakili Nur Irdina Batrisya Mat Aris, Nur Nais Falinesa Isman dan Afiqah Kamilia Ali.

Pingat gangsa diraih kem Kedah menerusi Nur Anis Anisya Muhammad Zaffli, Farissa Najihah Yousmeera dan Nurul Anis Nabila Mohd Nizam dengan 3,449 jatuhan pin.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.  – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan