Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hassan Azam dari Kelantan (merah) berjaya menundukkan Muhammad Iskandar Amir Noor Irwan dari Perak (biru) bagi kategori 48kg. Foto Jazni Hanif (TVS)

SUKMA: Perlawanan hari kedua suku akhir acara tinju diawalkan pada jam 6 petang ini

ByMuqri Aziz

SRI AMAN, 19 Ogos: Perlawanan suku akhir bagi hari kedua yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.30 malam diawalkan pada jam 6 petang hari ini.

Perkara tersebut telah mendapat persetujuan setelah pengurus-pengurus pasukan negeri yang bertanding bermesyuarat  pagi tadi.

Malam kedua perlawanan suku akhir petang ini akan melibatkan sebanyak 21 bout dengan enam kategori lelaki akan dipertandingkan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sri Aman.

21 bout itu merangkumi empat bout bagi setiap kategori iaitu 51kg, 57kg, 63.5kg, 71kg, 80kg dan satu bout bagi kategori +86kg.

Malam tadi, sebanyak 19 atlet berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dan akan berentap pada malam esok. – TVS

Tags: BSMF, sukma, tinju

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan